THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday 13 August 2012

TEROMBA

TEROMBA

Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk lain seperti pantunsyairrubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang tetap, iaitu adat. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal daripada masyarakat Minangkabau (MinangTambo).

STRUKTUR

Teromba tergolong sebagai puisi tidak terikat kepada kata perbilangan. Teromba ada yang berangkap dan ada yang tidak. Jumlah perkataan dan suku katanya dalam sebaris tidak tentu. Begitu juga dengan rima dan jedanya.

FUNGSI


  • Bagi memberi panduan dan pengajaran mengenai cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang yang dibentuk.
  • Mengekalkan norma-norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat itu sejak turun-temurun.

CONTOH

Adat Tonggak Nilai
Tatkala
Kampung sudah bersudut,
sawah sudah berjenjang,
Pucuk sudah meliuk,
Pinang sudah berjejer,
Adat dengan pusaka diadakan, iaitu:
Alam beraja,
Luak berpenghulu,
Suku bertua,
Anak buah beribu buapak,
Orang semenda bertempat bersemenda,
Kunci anak buah ibu buapak,
Kunci luak penghulu,
Kunci alam raja.
Adat nang berjenjang naik,
Bertangga turun:
Berlukis, berlembaga,
Berturas, bertauladan.
Pulai nang berpangkat naik,
Manusia berpangkat turun.
Kambing biasa membebek,
Kerbau biasa menguak,
Ayam biasa berkokok,
Murai biasa berkicau,
Penghulu biasa menghukum adat,
Alim biasa menghukum syarak,
Hulubalang biasa menjarah,
Juara biasa melepas,
Saudagar biasa bermai bungkal teraju,
Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas.
Raja sekeadilan,
Penghulu seundang,
Tua selembaga,
waris sepusaka,
Ibu buapak seadat,
Tempat semenda seresam,
Raja berdaulat,
Penghulu berandeka,
Raja bertitah,
Penghulu bersabda,
Raja berkhalifah,
Penghulu bersuku,
Undang Berkelantasan,
Lembaga bersekat,
Raja Bersejarah,
Penghulu bersalasilah,
Lembaga berteromba,
Raja berdaulat dalam alamnya,
Penghulu bernobat dalam sukunya,
Buapak bernobat dalam anak buahnya,
Orang banyak bernobat dalam terataknya.
Salah hamba kepada tuan,
Salah murid kepada guru,
Salah anak kepada bapa,
Salah bini kepada laki,
Titah dijunjung sepenuh-penuh kepala,
sabda dipikul seuntuk-untuk bahu.

Kelebihan umat dengan muafakat,
Klebihan nabi dengan mukjizat,
Bualat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Air melurut dengan bundarnya,
Benar melurut dengan pakatnya,
Negeri tumbuh dengan adatnya,
Muafakat lalu di dalam gelap,
Dapat lalu di tengah terang,
Hilang adat kerana muafakat,
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung bumi,
Bujur lalu melintang patah,
Makanan adat dengan pusaka.
Kata orang kata bercalun, (kata berbalok),
Kata pegawai kata berhubung,
Kata hulubalang kata tunggal,
Kata undang kata perhiasan,
Kata raja kata berliput,
Kata mualim kata hakikat,
Kata adat kata nan benar.

Berdiri meninjau jarah,
Duduk meraut ranjau,
Menyerudup galas lalu,
Menyelam minum air,
Lain biduk lain galang,
Kaki terdorong, badan binasa,
Cepat tangan, dapat hutang,
Mulut berkata-kata, emas akan padahnya,
Terpijak benang arang, hitam tapak kaki.

0 comments: